Sunday, April 13, 2008

E-mail Berantai : Mempertaruhkan akidah dengan hanya satu klik

Penulis: Muhammad Ibn 'Az
Sumber Asal: http://satuhala.blogspot.com

Assalamualaikum saudara dan saudariku semua, harap semuanya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat dan pelindungan Allah pada setiap saat masa. Pastinya ramai Muslimin dan Muslimat di luar sana pernah mendapat surat atau pun email dalam bentuk sebegini…. Sila baca kandungan email ini di bawah.

Allahu Akbar !
Saya tidak pernah menyangka-nyangka bahwa dengan meneruskan kalimat ini
ke rakan dan saudara sekalian, Allah memberikan saya rezeki yang tidak
disangka-sangka...
Memang tidak sampai 12 jam setelah saya kirimkan pesan itu... tapi
limpahan kurniaNya kepada saya sungguh diluar pemikiran saya...
Subhanallah ! Alhamdulillah....
kirim kalimat ini ke 12 orang yang kamu anggap baik di hidupmu dan
posisi kewanganmu akan bertambah dan buktinya dalam 12 jam kamu harus
percaya akan keajaiban bulan ini
AL-QAYYUM, AL-MAJID, AL-WAJID, AL-WAHID, AL-AHAD, AL-SAMAD, AL-KADIR,
AL-MALIK, AL-RAHMAN, AL-RAHIM
ALLAH SWT TIDAK PERNAH TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKAN PESANNYA, KALA KAMU
MENGHANTAR BERITA INI KEPADA 9 ORANG INSYAALLAH KAMU AKAN MENDAPATKAN
BERITA BAIK ESOK.


Pernah menerimanya bukan..? Persoalannya di sini, benarkah apa yang dikatakan oleh email tersebut? Apakah benar kesan yang dinyatakan itu benar-benar berlaku atau pun sebaliknya? Setelah membuat sedikit analisis dengan cara email tersebut dihantar dan kandungannya, memang benar apa yang dikatakan oleh pengirim email tersebut. Si pengirim email akan mengalami kesannya tidak sampai 12 jam selepas dihantar, malah kesannya juga akan berlaku serta-merta setelah email tersebut dihantar. Kesannya pula sesuatu yang langsung si penghantar email ini tidak jangkakan akan berlaku ke atas dirinya, kesan yang dialaminya nanti teramat besar sehingga bakal mengejutkan dirinya sebagai seorang Muslim.

Sebenarnya email sebegini sudah berpuluh tahun dalam pengedaran.... dulu dalam bentuk surat, sekarang dalam bentuk email pula... pertama sekali kita kena kaji dulu apa kandungan dan banyak aspek lagi untuk dibuat penilaian. Sekiranya kandungan tersebut mempunyai kata-kata nasihat dan perkara-perkara yang boleh memberi manfaat kat org yang membacanya nanti, memang patut kita forwardkan supaya dapat berkongsi ilmu dan pengetahuan.

Tapi dalam kes surat berantai dan yang terkini email berantai ni, terdapat sesuatu yang amat tidak kena dengannya. Surat-surat dan email-email sebegini sebenarnya memberikan kesan mudarat secara langsung kepada pembacanya dan juga kepada penyebar-penyebarnya. Kenapa begitu?

Sebabnya

1. Mempercayai dan seterusnya meyakini yang email sebegini boleh mendatangkan kebaikan, rezki, kemudaratan dan sebagainya merupakan salah satu daripada berbagai bentuk syirik kepada Allah. Samalah juga dengan mempercayai tangkal yang boleh melindungi rumah seseorang dari sebarang pencerobohan dan kecurian. Bukankah tangkal itu tak berdaya hatta untuk menghalau seekor lalat yang hinggap ke atasnya. Padahal dalam Islam telah pun diajarkan amalan-amalan menurut Rasulullah s.a.w. yang perlu selalu diamalkan seperti membaca Al-Qur'an dalam rumah dan membaca doa-doa tertentu mengharapkan Rahmat dan Keselamatan dari Allah s.w.t.. Maka mempercayai email sebegini boleh mendatangkan rezeki adalah sangat menyesatkan.

2. Perkara seumpama ini merupakan satu perbuatan manusia yang malas. Cuba mencari kesenangan dan mengharapkan rezeki datang tanpa usaha. Sedangkan Allah s.w.t. menyuruh setiap manusia itu berusaha. Tapi sebelum berusaha itu perlulah manusia itu berdoa memohon kepadaNya supaya dimudahkan usaha itu. Selepas berusaha hendaklah bertawakkal juga kepada Allah s.w.t.. Saya tak nampak pun semua ciri-ciri ni ada dalam email tersebut. Tiada unsur doa kepada Allah supaya dipermudahkan rezeki dan sebagainya. Yang ada cuma menyatakan beberapa nama Allah kemudian forwardkan email dan kemudiannya rezeki akan datang melimpah-limpah. Bukankah itu satu bentuk atau cara yang memusnahkan? Jika 1 orang menghantar kepada 9 org yang lain dan 9 org tersebut melakukan perkara yg sama, maka pada peringkat atau tingkat ke tujuh email tersebut dihantar, ia telah sampai ke tangan atau kotak email seramai 4,782,969 orang. Apa maksud semua ini? Ini membawa maksud, yang seramai hampir 4.8 juta orang muslim berjaya disesatkan dan melakukan perbuatan syirik dengan email sebegini. Yang lebih malang lagi, seramai 4.8 juta orang muslim yang menerima email sebegini telah berjaya 'dinasihatkan' supaya menjadi malas dan tak perlu berusaha dan bertawakkal kepada Allah. Kesannya pula ialah kemunduran ekonomi umat Islam dalam tempoh jangka masa panjang kerana suka mempercayai segala perkara mengarut sebegini.

Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (Al Hajj ayat 77)

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Al Baqarah ayat 45)

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar (Al Baqarah 153)

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (Al Jumu'ah ayat 10)

Dalam ayat-ayat di atas dan banyak lagi dalam Al-Qur'an, Allah s.w.t. menyatakan dengan jelas bahwa kalau manusia ingin mendapat kejayaan di dunia dan akhirat, hendaklah manusia itu bersolat, berdoa, berusaha bersungguh-sungguh dan bersabar. Masalahnya, tiada satu pun formula kejayaan dunia dan akhirat ini disarankan dalam email tersebut, yang ada cuma forwardkan saja dan kejayaan akan dimiliki. Bukankah itu bertentangan dengan apa yang Allah s.w.t. sarankan seperti dalam ayat di atas.

3. Satu lagi kemudaratan yang akan datang bersama perbuatan mempercayai dan meyakini email sebegini ialah, bakal terhakisnya kepercayaan, keimanan serta keyakinan kita kpd Allah s.w.t.. Kenapa begitu? Ini akan terjadi apabila si penghantar email dan org yg meyakininya tidak menerima imbuhan serta rezeki yang diharapkan seperti mana yang dikatakan dalam email tersebut, perasaan tidak percaya dan kecewa kepada Allah s.w.t. akan timbul, padahal sedari awal tadi tiada pun satu doa dikemukakannya kepada Allah. Percayalah, tiada apa pun yang akan diperolehi melainkan kesesatan belaka bertopengkan mempromosikan nama-nama Allah.

4. Email sebegini merupakan satu bentuk rasuah kepada si penerima supaya melibatkan diri dalam menyebarkan email dengan dakyah tersebut. Menjanjikan habuan dunia semata-mata. Padahal kan lebih elok diseru kepada semua penerima email tersebut supaya memahami apa maksud-maksud disebalik nama Allah tersebut dan kenapa Allah s.w.t. memperkenalkan dirinya dengan nama-nama Indah tersebut. Sebagai contoh spt. dibawah ini:

...Salah satu daripada nama Allah ialah Ar-Rahman yang bermaksud Yang Maha Pemurah. Allah s.w.t. bersifat Maha Pemurah kepada semua makhlukNya tidak kira samada makhlukNya itu beriman atau tidak, menyintaiNya atau pun tidak. Dia akan tetap memurahkan rezeki kepada semua makhlukNya. Sebab itulah kita dapat melihat semua manusia di muka bumi ini tidak kira Islam atau pun bukan, mendapat rezeki yang cukup serta mendapat nikmat kesihatan dan kehidupan. Di atas sifatNya Yang Maha Pemurah inilah, kita selaku muslim yang beriman kepadaNya dan RasulNya, hendaklah memohon doa kepada Allah dengan menyebut nama-namaNya yang sesuai dengan doa dan permintaan kita supaya hajat dan doa kita tadi dimakbulkan. Berzikirlah sebanyak-banyaknya dengan memohon doa kepada Allah dengan penuh pengharapan dengan memanggilNya dengan nama-nama ingahNya yang sesuai dan berusahalah. Kejayaan itu hanya akan dimiliki oleh mereka yang solat dan sabar..


email seumpama contoh ini adalah lebih baik kerana ia mendekatkan kita dalam mengenali Ar Rahman, Tuhan seluruh alam Yang Maha Pemurah dan apa bentuk harapan yang boleh disandarkan kepadaNya dengan menyebut namaNya sebegini tanpa mengharapkan habuan dunia dengan kerja senang tanpa berusaha.

atau seperti contoh email seperti yang dihantar oleh seorang pengunjung blog ini, umie-safa, yang diemailkan kepada saya. email tersebut seperti di bawah:
Mohon >pertolongan Allah -forward

Alhamdulillah, kita jauh dari peperangan yang melanda di Asia Barat.
Tetapi, hati meronta- ronta mengenangkan saudara-saudara kita di sana .
Mungkin ada yang berkata
"Kalau lah aku ada sebuah jet pejuang , akan ku bedil kafirun Yahudi".

saya mohon tuan tuan berdoa kepada Allah memohon bantuan.

RAHSIA MUKJIZAT AL QURAN
Mari kita berdoa, Dengan penuh keyakinan, fahami terjemahan dan maksud
surah Al-Fil.............
Bacakan surah tersebut dibibir de ng an hati me ng i ng ati peristiwa kehancuran
tentera Bergajah.
KEMUDIAN BERDOALAH BEGINI:-
>

Ya Allah!! Sebagai man a Engkau Pernah menghantar burung -burung ababil
me ng hancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya
Allah........ turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Lubnan, hancurkanlah rejim zionis......... amin...." (kemudian dibaca
>surah Al Fil sambil membaya ng kan kehancuran tentera Yahudi - dihancurkan
>de ng an Izin Allah)

> "Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Palestin , Afghanistan , Iraq , Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh musuh Mu. Peliharakanlah mereka, lindu ng ilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka.

Amin, ya Rabbal A'lamin."


walaupun email ini hanya menyarankan umat Islam yang menerimanya berdoa kepada Allah tanpa berusaha, sekurang-kurangnya email tersebut masih lagi berada dalam landasan yang tidak tergelincir iaitu mengharapkan rahmat dan bantuan terus dari Allah. (Saya sudah mengupaskan bab Ababil ini dalam sebuah artikel saya bertajuk Ababil Sunnatullah Yang di Perlekehkan, untuk membacanya KLIK SINI). Sekurang-kurangnya, dalam kita umat Islam yang berjuta, mungkin akan ada salah seorang dari kita ini yang doanya lebih cepat dimakbulkan Allah. Maka peluang doa itu untuk didoakan oleh mereka yang tiada masalah hubungan dengan Allah akan menjadi lebih besar jika diforwardkan dengan cara begini.

5. Dengan menghantar email berantai sebegini (email yg menyatakan habuan dunia akan diperolehi), 'profit sharing' dalam hal menyesatkan ummah akan kita dapat. Bayangkan sembilan org yang menerima email dari kita itu tadi meyakininya dan seterusnya melakukan perkara yang sama dengan forwardkan email tersebut kepada sembilan orang lagi, maka akhirnya kita telah berjaya menyesatkan serta merosakkan akidah 4.8 juta umat Islam pada peringkat ketujuh dan berjaya menyesatkan lagi 387,420,489 orang Islam dengan hanya satu klik pada butang forward dalam browser email kita. Mahukah kita menanggung dosa merosakkan akidah serta memundurkan seramai 387 juta orang umat Islam?

6. Perbuatan menghantarkan email sebegini juga samalah seperti melacurkan nama-nama Allah yang indah ini untuk kepentingan sendiri. Pasti kalau saya mengatakan sebegini, ramai yang akan marah dengan saya. Tapi kebenaran itu harus dinyatakan walau pun pahit kesannya. Kenapa pula mesti disamakan seperti melacurkan nama-nama Allah? O.k. disini diterangkan supaya jelas. Seorang lelaki yang melanggan seorang pelacur, dia hanya berniat atau berhajatkan kepada memuaskan hawa nafsunya sahaja. Mungkin nama pelacur tersebut akan ditanyanya bagi memudahkan komunikasi, tapi latar belakang, siapa ibu bapanya, kenapa dia melacurkan diri, apa masalahnya, dari mana asal usulnya tak pernah ditanyakan atau diambil peduli oleh si lelaki tersebut. Apa yang dimahukannya ialah kepuasan nafsunya saja. Pelacur tersebut cuma menjadi alat bagi mencapai motif utamanya. Samalah juga dengan email sebegini yang hanya menyebut nama-nama Allah yang indah tersebut tanpa memperkenalkan apa maksud disebalik nama-nama indah itu. Yang ditekankan dalam email tersebut ialah ganjaran dunia yang menanti bila menghantar email sebegini. Langsung tak disarankan dalam email sebegini untuk menyebut nama-nama Allah yang indah ini melalui mulut dan lidah sebagai zikir, yang ada cuma forwardkan kepada sembilan orang dan kemudian habuan dunia menanti anda! Bukankah ini sama dengan situasi lelaki yang melanggan pelacur tadi, siapa pelacur tersebut yang dilangganinya dia tak pernah peduli, janji habuan kepuasan nafsu dunianya tercapai.

Kesimpulannya di sini ialah, janganlah membuang masa melayan email sebegini kerana ianya memudaratkan serta merosakkan ummah.Adalah lebih baik menghantar email yang mengandungi cerita-cerita, peringatan-peringatan serta nasihat yang boleh memberi manfaat kepada sesama manusia dan mendekatkan manusia kepada Allah s.w.t. tanpa menjanjikan sesuatu yang tak pasti seperti email dibawah. Mungkin niat si pengirim asal email itu baik, tapi cara pelaksanaannya agak membawa banyak kemudaratan dari kebaikan. Harapan saya jangan lagi terpedaya dengan emai-email dalam bentuk sebegini. Letakkan pengharapan tunggal hanya kepada Allah s.w.t. dan berusaha serta bersabar untuk berjaya. Jika tiada kesabaran dan tawakkal, kejayaan itu tak akan boleh dimiliki hatta menghidunya sekalipun. Berusahalah, kerana bantuan Allah hanya datang apabila kita berusaha dan bersabar dalam usaha kita.

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al Asr ayat 1- 3)

Semoga kita semua tergolong dalam kumpulan manusia yang tidak dalam kerugian. Wallahua'lam..

Saturday, April 14, 2007

Apa Itu Surat Berantai ?

Surat berantai merujuk kepada surat yang mempunyai ayat yang menyuruh ia dikirimkan kepada beberapa orang yang lain. Sekiranya sipembaca membuat demikian, maka pembaca dijanjikan dengan hadiah atau diancam dengan kebinasaan. Pada asalnya ia bermula sebagai surat, tetapi kemudiannya beralih kepada E-mail. Bagi orang Islam, surat berantai adalah haram.

Soal jawab mengenai surat berantai

Soalan 1: Ustaz, saya ada menerima surat berantai yang pada amnya mengajak kita bertakwa kepada Allah. Tetapi di akhir surat itu ada diceritakan berkenaan kisah orang yang mendapat bala kerana tidak menyebarkan sebanyak 20 salinan kepada orang lain. Apa pandangan ustaz?

Soalan 2: Baru-baru ini saya ada menerima e-mail yang mengandungi surat berantai. Di dalamnya menceritakan tentang wasiat seorang alim dari Madinah. Di akhir surat tersebut di suruh sesiapa yang membacanya supaya disampaikan kepada orang lain sebanyak 20 salinan dalam masa 2 minggu. Sekiranya dilakukan akan dikurniakan oleh Allah sesuatu hajat atau niat. Dan apabila tidak dilakukan akan terjadi sesuatu perkara yang buruk. Apakah hukumnya mempercayai surat ini? Dahulu ia diedarkan dengan membuat salinan Photostat tetapi kini ia diedarkan melalui internet. Mungkin pihak AnNur dapat memberikan jawapan yang tepat kepada masalah ini supaya saya dapat edarkan kepada rakan-rakan saya yang masih mengedarkan risalah ini.

Jawapan:

Setelah diamati, ada beberapa perkara yang boleh dikupas dari surat itu. Pertama dari segi isi. Kebatilannya terbukti apabila surat ini mendakwa Sheikh Ahmad bertemu Rasululllah (s.a.w) dalam mimpi dan memberi pesanan kepadanya. Seolah-olah belum selesai tablighnya.

Kita ketahui bahawa dalam khutbah terakhir ketika haji wida', Rasulullah s.a.w telah bersabda "Telah sempurna bagimu agamamu" yang membawa maksud bahawa tiada lagi wahyu atau ugama yang akan turun selepas itu. Mahu ikut yang mana? Surat ini kah atau Al Quran?

Kedua dari segi arahannya. Sekiranya kita percaya bahawa dengan mengedar 20 keping surat ini akan membawa rezeki atau kebaikan dan sebaliknya sekiranya tidak maka kita kan ditimpa bencana maka secara tidak langsung, kita percaya bahawa ada lagi kuasa selain Allah SWT. Ini akan menjadikan kita syirik. Na'uzubillah. Sheikh Ahmad yang dikira kuat iman ini pula sanggup mati dalam kufur. Seseorang yang berilmu, warak, alim dalam soal agama tidak akan mempertaruhkan imannya untuk apa sekalipun. Saya berpendapat surat ini adalah satu dakyah untuk memesongkan aqidah umat Islam.

Mari kita kaji pula niat disebalik surat berantai ini. Ia mengandungi isi yang menceritakan tentang Sheikh Ahmad yang kononnya bertemu Rasulullah s.a.w dalam mimpinya. Rasulullah kononnya memberi satu statistik yang tujuannya menakutkan pembaca yang memang tiada cara untuk membuktikan kesahihannya. 60,000 orang akan mati tanpa iman, apa maksudnya? Adakah orang yang ke 60,001 akan beriman? Setelah itu diselitkan nasihat supaya pembaca yakin bahawa surat ini berniat baik. Kemudian datang ugutan. Sekiranya tidak diedar 20 salinan, mendapat bala. Untuk meyakinkan pembaca, penulis rela kufur sekiranya isi surat ini adalah palsu. Untuk menambahkan lagi keyakinan pembaca, diturunkan pula beberapa contoh yang menjurus kepada perkara diatas.

Tentunya susah untuk menentukan kesahihan cerita tersebut. Cuma setahu saya, Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi tidak dibuang kerja tetapi meletak jawatan kerana mahu aktif dalam politik. Kalau ada yang rapat dengan keluarga Allahyarham atau keluarga Datuk Tajul Rosli, mungkin boleh sahkan hal ini. Tentunya muslim yang rapuh imannya akan terpengaruh dengan dakyah sebegini.

Jika tak dihiraukan maka semacam ada keresahan dalam hati seolah-olah menanti bencana yang dijanjikan. Maka dengan keresahan inilah syaitan dapat menakluk hati kita. Dicekiknya tubuh kita sehingga sakit, maka kita teringat akan surat wasiat tersebut, dan kita edarkan. Syaitan akan melepaskan cekikannya ketika itu kerana dia telah berjaya memesongkan aqidah kita.

Maka kita berjalan pula di muka bumi Allah ini dan menceritakan pengalaman kita tadi, dan ada pula hamba Allah memasukkannya kedalam Internet. Kesimpulannya, janganlah percayakan surat tersebut dan selagi ada umat yang percayakannya maka ianya tetap akan beredar hingga bila-bila, kerana seingat saya, surat ini telah beredar sejak saya disekolah rendah lagi dan mungkin bermula berpuluh-puluh tahun sebelum itu. Dari penerangan diatas jelaslah mempercayai surat wasiat tersebut adalah haram.

Wallahu'allam.

Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 1978

Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg).

Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.

Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967-hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979.

Penjaga makam di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932), anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).

Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya.

Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).

Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini". (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I).

Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak. Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.".

Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan Sheik Ahmad sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda".

Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulama sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sedar si-pengirim".

Disalin dari : http://ms.wikipedia.org/wiki/Surat_berantai

Saturday, July 22, 2006

Malicious E-mail on Maybank ATM Machine Being Circulated

It has come to Maybank’s knowledge that some members of the public are still receiving e-mails which were first circulated in 2001 on allegations of faulty Maybank ATMs. The e-mail alleges that when a customer enters the right PIN number, a message displays "invalid pin number" and a second attempt would prompt the customer to call a particular number. The e-mail warns that if a customer calls the number (which the email does not provide), the customer will lose the money in his/her account. Maybank had issued a press statement in 2001 informing customers of this e-mail which is untrue. (http://www.maybank2u.com.my/corporate/press_release/ 040701.shtml)

Maybank takes a serious view of such malicious e-mails and advises anyone receiving it not to circulate it. Maybank would not hesitate to take the necessary action against any person(s) who generate or propagate such mischievous and malicious allegations.

Maybank would like to emphasise that all ATMs have stringent security measures and if an ATM cardholder incorrectly enters his/her PIN number three times, the ATM access will be deactivated for security reasons. Customers are always encouraged to contact Maybank Customer Care Centre at Tel 1300 88 6688 for any assistance concerning our ATM services.

21 July 2006
:: click here for the original copy of this statement ::

Wonder how that Malicious E-Mail looks like? Here it is.
Whoever has the Maybank account number with ATM card, please be careful when withdrawing money through ATM machine,

1. For the first time when you enter the right pin number, a message "invalid pin number" pops up.

2. Then, when you enter your pin number for the second time, a message "invalid pin number,please call this number "xxx-xxxx"
pops up.

3. If you call this number, you will lose all your money.

NOTE : if you encounter the above matter, please DO NOT call the number. One of my friends just lost RM 700.00 on last Sunday and Maybank checked his last transaction was on that day itself even though he did not withdraw any money. Please forward this to your friends.

Best Regards,
Normah Zakaria
Credit Risk Management
Level 29, East Wing
Menara Maybank
Tel : 03-20708833
Therefore, if any of you receive this kind of message from one of your "forward email friend", kindly remind them the above link for they to know that it is untrue. And most important thing is, do not circulate this email by forward it to anyone.

Tuesday, February 21, 2006

Selingan: A mail from a frustrated victim of chain mails

I wanted to thank all my friends and family who have forwarded chain letters to me in 2003,2004 and 2005. Because of your kindness:

* I stopped drinking Coca Cola after I found out that it's good for removing toilet stains.

* I stopped going to the movies for fear of sitting on a needle infected with AIDS.

* I smell like a wet dog since I stopped using deodorants because they cause cancer.

* I don't leave my car in the parking lot or any other place and sometimes I even have to walk about 7 blocks for fear that someone will drug me with a perfume sample and try to rob me.

* I also stopped answering the phone for fear that they may ask me to dial a stupid
number and then I get a phone bill from hell with calls to Uganda, Singapore and
Tokyo.

* I also stopped drinking anything out of a can for fear that I will get sick from the rat feces and urine.

* When I go to parties, I don't look at any girl, no matter how hot she is, for fear that she will take me to a hotel, drug me then take my kidneys and leave me taking a nap in a bathtub full of ice.

* I also donated all my savings to the Amy Bruce account. A sick girl that was about to die in the hospital about 7,000 times.(Poor girl! she's been 7 since 1993...)

* I went bankrupt from bounced checks that I made expecting the $15,000 that Microsoft and AOL were supposed to send me when I participated in their special e-mail program would arrive soon.

* My free Nokia phone never arrived and neither did the free passes for a paid vacation to Disneyland.

* Still open to help some from Bulgaria who wants to use my account to transfer his uncle property of some hundred millions $.

* I stopped using my right ear for taking a call from my mobile.

* I start coughing whenever I feel pain at my chest which I fear is a heart attack, but is mostly due to cold.

*Made some Hundred wishes before forwarding those Ganesh Vandana, Tirupati Balaji pics etc.. now most of those "Wishes" are already married (to someone else)

IMPORTANT NOTE:
If you do not send this e-mail to at least 1246 people in the next 10
seconds, a bird will SH** on your head today at 6:30pm.


--

Well said, hahahaha

Monday, February 13, 2006

Pemuda, Mesingan & Solat Jumaat

Kalau anda pikir anda masih islam bacalah...kalau tidak......Allah saja yang tahu... Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang Jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn
pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesin
gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik, "Sesiapa yang sanggup
MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu!" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih
kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah...


" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "

" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila
menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata
pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari
lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat
setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit di dalam Al Quran"

"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat dalah
tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam
tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama..

Lawak kan ???? Kenapa gelak? tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka email ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak????

WALLAHUALLAM
KAMI KATA

SOLAT JUMAAT TIDAK BOLEH DIDIRIKAN DENGAN JEMAAH KURANG DARI 40 ORANG.

Lawak kan .. berapa ramai orang forward email ni kat aku, tak sorang pun perasan pasal ni?

Monday, October 24, 2005

Projek Tamparuli

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sekadar makluman, nama projek ini tiada kaitan langsung dengan Tamparuli di Sabah. Ia diambil sempena dengan namanya dan walaupun secara tidak langsung memperkenalkan nama Tamparuli itu sendiri, kami tidak bercadang untuk memperkenalkan Tamparuli secara terperinci walaupun mungkin entri berkenaan akan diletakkan pada masa-masa akan datang.

Projek ini memberi tumpuan untuk memberi kesedaran kepada pembaca supaya tidak mempercayai bulat-bulat email-email forward yang diterima setiap hari dan seterusnya menjadikan anda berusaha untuk mengkaji kebenaran atau kepalsuan email tersebut. Dalam contoh-contoh yang diberikan, tidak semestinya kami akan mengadili satu-satu email untuk mengesahkan kesahihan atau penipuan sesuatu email, tetapi mengandaikan anda semua adalah pembaca yang matang, dapat membezakan yang baik dan buruk, jadi terserah kepada anda untuk menilainya.

Sila email kepada the_darkwan (AT) yahoo (DOT) com untuk sebarang komen kepada kandungan di dalam blog ini. Sumbangan dari pihak anda juga sangat dialu-alukan.

Akhir kata, semua yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datang dari Allah juga, tetapi atas kelemahan dan kedhaifan saya sendiri. Wassalam dan terima kasih.